Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Portfolio baharu bukan beban sebalik peluang perkaya pengalaman – Abdul Rahman Junaidi
  • SEMASA

Portfolio baharu bukan beban sebalik peluang perkaya pengalaman – Abdul Rahman Junaidi

Utusan Sarawak 2 months ago
DATUK Dr. Abdul Rahman Junaidi, dan isteri Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin  merakam gambar kenangan bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri,  Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dato Sri Rohani Abdul Karim pada Majlis Aidilfitiri anjuran beliau di Waterfront Hotel, Kuching, hari ini. Turut kelihatan Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin, dan tetamu-tetamu lain.

KUCHING: Pelantikan Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara, dan Hal Ehwal Islam) menegaskan komitmennya dalam memastikan kelancaran projek pembangunan di Sarawak di bawah portfolio baharunya.

Beliau menyatakan bahawa tanggungjawab baharunya merangkumi pemantauan sembilan agensi utama dalam pembangunan Sarawak, termasuk kerjasama dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri serta Unit Penyelidikan dan Penilaian Projek Sarawak.

“Fokus utama adalah memastikan setiap projek yang telah dilancarkan sejak 2017 berjalan lancar agar pembangunan fizikal Sarawak dapat direalisasikan menjelang 2030 seperti yang dirancang.

“Saya turut berperanan dalam mentadbir Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bersama Datuk Bandar serta menerajui 11 agensi Islam di Sarawak bagi memastikan pengurusan yang lebih efektif,” katanya ketika ditemui media semasa Majlis Hari Raya Aidilfitri beliau, di Waterfront Hotel, hari ini.

Dr. Abdul Rahman Junaidi turut menegaskan bahawa portfolio baharu tersebut bukan satu beban, sebaliknya peluang untuk memperkaya pengalaman dalam sektor pentadbiran dan pembangunan negeri.

“Saya pernah menggalas tanggungjawab dalam sektor perumahan, air, dan elektrik, yang semuanya memberi nilai tambah kepada keupayaan saya dalam pentadbiran kerajaan.

“Saya juga ingin menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan negeri atas kepercayaan yang diberikan serta komitmen untuk melaksanakan tugas dengan penuh amanah,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau menggalakkan penganjuran rumah terbuka perayaan sebagai medium untuk memperkukuh hubungan antara kaum di Sarawak.

“Tradisi ini adalah simbol keunikan Sarawak, di mana rakyat daripada pelbagai latar belakang dapat berkumpul dan meraikan perayaan bersama.

“Perpaduan ini harus terus dipupuk bagi memastikan keharmonian yang menjadi asas kepada kestabilan dan kemajuan negeri.

“Saya menyeru agar masyarakat memanfaatkan musim perayaan untuk mempereratkan silaturahim serta meningkatkan semangat muhibah antara kaum,” ujarnya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh rakyat Sarawak dan berharap perayaan kali ini membawa lebih banyak kebahagiaan serta perpaduan dalam masyarakat.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Keselamatan industri perlu dikaji semula
Next: Gabriel Gumis Humen dilantik sebagai Presiden Mahkamah Bumiputera Rayuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.