Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Portal sehenti PKS dijangka dilancarkan bulan ini – Sim
  • NASIONAL

Portal sehenti PKS dijangka dilancarkan bulan ini – Sim

Utusan Sarawak 3 hours ago
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong. Foto hiasan. Foto Bernama.

BUTTERWORTH: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dijangka melancarkan portal sehenti untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada bulan ini bagi memudahkan akses kepada maklumat berkaitan pembiayaan, latihan dan pelbagai program sokongan kerajaan.

Menteri berkenaan, Steven Sim Chee Keong berkata, portal itu diwujudkan susulan maklum balas yang diterima daripada pemain industri yang menyifatkan maklumat berkaitan bantuan PKS pada masa ini tidak berpusat dan melibatkan pelbagai kementerian dan agensi.

“Kerajaan telah memperuntukkan sumber yang besar termasuk RM50 bilion menerusi Belanjawan 2026 dan tambahan RM10 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadikan keseluruhannya sebanyak RM60 bilion bagi sektor PKS.

“Bagaimanapun ia tersebar di pelbagai agensi. Ada usahawan khususnya peniaga kecil yang tidak tahu hendak cari di mana, ada program apa, dasar apa dan sumber pembiayaan apa,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog awam bersama Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Pulau Pinang di sini hari ini.

Sim berkata, pada masa ini portal berkenaan dalam proses pembangunan dan dijangka dilancarkan pada bulan ini.

“Tujuannya adalah untuk menjadikannya sebagai portal sehenti dari segi maklumat untuk PKS kerana kita faham antara keluhan usahawan kecil ialah mereka tidak tahu hendak merujuk kepada agensi mana disebabkan terlalu banyak saluran yang ada,” katanya.

Terdahulu pada sesi dialog itu, Sim berkata, kerajaan giat berusaha untuk membuka lebih banyak peluang pembiayaan bukan sahaja melalui pinjaman, malah menerusi kerjasama dengan sektor perbankan dan modal swasta bagi membantu PKS meningkatkan kapasiti serta daya saing.

Beliau berkata, pihaknya juga telah mengadakan pertemuan dengan wakil pelbagai persatuan PKS, dewan perniagaan dan ketua pegawai eksekutif bank untuk membincangkan langkah memperkukuh ekosistem pembiayaan sektor itu.

“Kerajaan mahu membantu PKS berkembang dan meningkatkan daya saing, tetapi pada masa sama aspek tadbir urus perlu dipastikan supaya bantuan yang disediakan benar-benar dimanfaatkan secara berkesan,” katanya.

Sim berkata, pihaknya turut mengadakan libat urus dengan institusi perbankan serta firma ekuiti persendirian (PE) bagi mencari kaedah memperluas akses pembiayaan kepada PKS.

Beliau berkata, antara isu dibangkitkan PE adalah tahap kesediaan sebahagian PKS tempatan untuk menerima pelaburan ekuiti selain cabaran berkaitan tadbir urus syarikat keluarga.

“PE memaklumkan mereka mahu membantu syarikat PKS yang berpotensi, namun terdapat cabaran dari segi struktur syarikat dan penerimaan terhadap pegangan ekuiti luar,” katanya. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Anak Pulau Banggi serah surat kepada Anwar, simpan impian jadi pemimpin negara
Next: MCMC pertingkat penggunaan kawalan ibu bapa dalam Kempen Internet Selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.