Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program Wanita Dinamik beri impak besar, hampir RM4 juta bantuan disalur di Sarawak
  • TEMPATAN

Program Wanita Dinamik beri impak besar, hampir RM4 juta bantuan disalur di Sarawak

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri ketika ditemui pemberita pada Program Advokasi Kasih Wanita atau Kapit Wanita Dinamik dan Toleransi Sifar Keganasan di Dewan Masyarakat Melayu Kampung Muhibah Kapit, hari ini. Foto Akun Giman

KAPIT: Program Wanita Dinamik yang diperkenalkan semasa pandemik COVID-19 terus menunjukkan impak positif apabila nilai bantuan yang disalurkan kini mencecah hampir RM4 juta di seluruh Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, jumlah itu merangkumi 317 penerima di Kapit dengan peruntukan keseluruhan RM158,500.

Menurutnya, program tersebut diwujudkan selepas kementerian mendapati ramai wanita tidak dapat keluar bekerja ketika pandemik disebabkan tanggungjawab menjaga anak atau warga emas, selain ada yang berdepan perceraian serta keganasan rumah tangga.

“Ramai wanita tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga keluarga. Jadi kita bantu mereka berniaga dari rumah dengan menyediakan modal RM500 tanpa memerlukan lesen. Ada yang membuat acar, menjahit atau menghasilkan biskut, terpulang kepada mereka. Yang penting, mereka mempunyai modal untuk bermula.

“Semakin ramai wanita kini mampu meneruskan perniagaan dari rumah dan menjana pendapatan sendiri, sekali gus mengukuhkan kedudukan ekonomi keluarga dan komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Advokasi Kasih Wanita atau Kapit Wanita Dinamik dan Toleransi Sifar Keganasan di Dewan Masyarakat Melayu Kampung Muhibah, di sini, hari ini.

Katanya, Program Wanita Dinamik juga digabungkan dengan inisiatif Kasih Wanita serta Kempen Kesedaran Toleransi Sifar Keganasan Terhadap Wanita.

KENANGAN… Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri, Dato Sri Nancy Shukri Nancy, Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi serta yang lain merakam kenangan pada Program Advokasi Kasih Wanita atau Kapit Wanita Dinamik dan Toleransi Sifar Keganasan di Dewan Masyarakat Melayu Kampung Muhibah Kapit, hari ini. Foto Akun Giman

Beliau berkata sempena sambutan tahunan Eliminasi Keganasan Terhadap Wanita (EVAW) pada 25 November, Malaysia turut mengambil bahagian dalam kempen global tersebut dengan menyalakan bangunan ikonik dalam warna jingga sebagai tanda solidariti.

“Tahun lepas, kita bekerjasama dengan Putrajaya Holdings, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pelbagai agensi untuk menyalakan jambatan serta bangunan termasuk Menara Kuala Lumpur dengan warna jingga. Tahun ini, lebih banyak lokasi di Sabah dan Sarawak akan turut serta,” ujarnya.

Beliau menggalakkan orang ramai memakai pakaian atau aksesori berwarna jingga pada tarikh tersebut sebagai tanda sokongan terhadap usaha menentang keganasan terhadap wanita.

“Kita mahu masyarakat menunjukkan solidariti pakai baju, topi, selendang atau apa sahaja berwarna jingga sebagai tanda bahawa kita tidak menyokong keganasan terhadap wanita,” katanya.

Nancy turut menarik perhatian kepada kewujudan Perkhidmatan Sokongan Sosial Setempat (PSSS) yang menyediakan akses kepada kaunselor bagi membantu wanita yang berdepan tekanan atau keganasan domestik.

“Ini antara usaha kita untuk memberi kesedaran dan sokongan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Turut hadir Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera), Datuk Jefferson Jamit Unyat, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Maziah Che Yusoff serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak fokus kelestarian generasi akan datang, pembangunan mesti inklusif — Dr. Sim
Next: AIFFA 2025: Sukarelawan belia Sarawak raih pengalaman dunia sebenar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.