Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pongkos FT juara Kejohanan Futsal Merdeka anjuran SKUAD Antidadah Sibu
  • SUKAN

Pongkos FT juara Kejohanan Futsal Merdeka anjuran SKUAD Antidadah Sibu

Utusan Sarawak 1 day ago
SEBAHAGIAN daripada pasukan yang bertanding bergambar bersama selepas tamat Kejohanan Futsal Merdeka anjuran SKUAD Antidadah Sibu dan AADK Daerah Sibu sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025.

SIBU: Pasukan Pongkos FT muncul juara Kejohanan Futsal Merdeka anjuran SKUAD Antidadah Sibu dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu, sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 dan Kempen 5K, baru-baru ini.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Gelanggang Futsal Kampung Nangka, Pongkos FT berjaya menewaskan pasukan SKUAD KFR, yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Sementara itu, pasukan Panda Selek dan TPX FT berkongsi tempat ketiga setelah masing-masing menunjukkan aksi kompetitif sepanjang kejohanan.


Kejohanan edisi sulung itu menghimpunkan 16 pasukan lelaki melibatkan 128 peserta terdiri daripada ahli SKUAD Antidadah dan belia sekitar Bahagian Sibu.

Pengerusi SKUAD Antidadah Sibu Raden Khairulzaman Raden Bustari berkata kejohanan tersebut bukan sahaja bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme tetapi juga memperkukuh usaha membina masyarakat bebas dadah.

“Selain memupuk semangat kesukanan dan kesukarelawan, program ini juga memberi kesedaran tentang pentingnya gaya hidup sihat dalam kalangan belia,” katanya.

Beliau berkata tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’, turut dijadikan asas penganjuran dengan penekanan kepada perpaduan nasional dan tanggungjawab bersama demi kemajuan negara.

Antara pengisian lain sepanjang program ialah pendaftaran ahli SKUAD Antidadah, sesi Sembang Santai bersama belia Kampung Nangka serta Kempen Lima Ribu Ahli SKUAD Antidadah, dengan kerjasama pelbagai NGO seperti Nasi Ulam Sibu, Rizqi FT dan Gallop FC.

Turut hadir Timbalan Pengerusi SKUAD Antidadah Sibu Mohamad Mostapha Lasot, Penyelaras SKUAD Aktif Nasir Mohamad, Timbalan Penyelaras Nur Hazwani Yahya dan Pengurus Gallop FC Mohamad Ibrahim Syedar Allam.

Oleh Tarani Lanting


Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Nova dedah rahsia Tang Jie-Ee Wei jadi juara dunia
Next: Ibu bapa bangga Tang Jie- Ee Wei jadi juara dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.