Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Politik Thailand kini bagai ‘kapal tanpa haluan’
  • GLOBAL

Politik Thailand kini bagai ‘kapal tanpa haluan’

Utusan Sarawak 1 day ago

Paetongtarn Shinawatra (tengah); Timbalan Perdana Menteri Phumtham Wechayachai pada sidang media susulan penggantungan tugas Perdana Menteri Thailand di Bangkok, pada 1 Julai 2025. Foto AFP

BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand, menggantung tugas Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra semalam, atas siasatan etika membabitkan panggilan diplomatik kontroversi dengan bekas pemimpin Kemboja.

Mahkamah Perlembagaan berkata, terdapat sebab munasabah untuk mengesyaki berlaku pelanggaran etika menteri dan menggantung beliau serta-merta sementara siasatan dijalankan.

Tiada tempoh masa ditetapkan bagi Mahkamah Perlembagaan menyelesaikan siasatan itu, tetapi jika didapati bersalah, Paetongtarn boleh dihapuskan terus daripada jawatan perdana menteri.

Sementara itu, Paetongtarn berkata, beliau menerima keputusan mahkamah dengan terbuka dan akan memberikan penjelasan sebaik mungkin.

“Saya akan lakukan yang terbaik untuk menjelaskan niat saya. Saya hanya mahu buat yang terbaik untuk negara saya,” katanya kepada wartawan.

Perkembangan itu berlaku ketika Thailand turut mengumumkan rombakan Kabinet, menjadikan tempoh peralihan kuasa di Pejabat Perdana Menteri antara yang paling pantas dalam sejarah politik negara ini.

Menurut penganalisis politik Thailand, Menteri Pengangkutan merangkap Timbalan Perdana Menteri, Suriya Jungrungreangkit, dari parti sama, Parti Pheu Thai akan mengambil alih tugas sebagai pemangku perdana menteri buat sementara waktu.

Bagaimanapun, hanya beberapa jam sebelum penggantungan itu, Raja Thailand dilaporkan meluluskan rombakan Kabinet selepas rakan gabungan terbesar Paetongtarn menarik diri daripada kerajaan berikutan pertikaian diplomatik terbabit.

Phumtham Wechayachai, bekas Menteri Pertahanan, akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Dalam Negeri pada Khamis ini dan dijangka turut mengambil alih tugas sebagai pemangku perdana menteri, menjadikan beliau pemimpin ketiga memegang jawatan itu dalam masa tiga hari.

Namun, ramai penganalisis percaya, bapa Paetongtarn, bekas Perdana Menteri kontroversi Thaksin Shinawatra, masih menjadi tokoh utama di sebalik tabir yang menentukan hala tuju parti Pheu Thai, meskipun pengaruh parti itu semakin merosot.

Dalam rombakan terbaharu, Paetongtarn turut melantik dirinya sebagai Menteri Kebudayaan, memberi isyarat beliau mungkin masih berada dalam lingkaran kuasa tertinggi kerajaan.

Namun, kedudukannya dan kekuatan gabungan kerajaan kini semakin lemah, walaupun masih menguasai majoriti Parlimen sekali gus mengurangkan kemungkinan pilihan raya mengejut dalam masa terdekat.

Penganalisis politik terkenal, Thitinan Pongsudhirak, menyifatkan penggantungan itu sebagai satu bentuk konflik politik yang berpanjangan.

“Thailand kini berada dalam keadaan seperti kapal tanpa haluan, dengan dasar yang tidak menentu dan hala tuju yang kabur,” katanya kepada AFP.

Beliau juga menjangka kerajaan campuran itu akan terus bergolak dengan perebutan kuasa dalaman berikutan pengaruh lemah Pheu Thai dalam pentadbiran.

Siasatan terhadap Paetongtarn dimulakan selepas beberapa ahli Parlimen konservatif menuduh beliau melanggar syarat integriti jelas semasa perbualan telefon dengan bekas pemimpin Kemboja, Hun Sen.

Dalam rakaman panggilan yang bocor di Kemboja, Paetongtarn dilaporkan memanggil Hun Sen sebagai ‘pak cik’, dan merujuk seorang panglima tentera Thailand sebagai lawan, sekali gus mencetuskan kritikan hebat dalam kalangan pemimpin politik dan tentera. – AFP

Continue Reading

Previous: 6 juta data pelanggan Qantas terjejas dalam serangan siber
Next: Eksport kopi Vietnam catat rekod tertinggi pada separuh pertama 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.