Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Politeknik Mukah juara Pertandingan Video Pendek
  • PENDIDIKAN

Politeknik Mukah juara Pertandingan Video Pendek

Utusan Sarawak 13 hours ago
RAKAM KENANGAN…Rosyton Valentine bergambar bersama pemenang dan yang lain pada Program Komuniti Peningkatan Kesedaran Larangan Pembakaran Terbuka dan Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut, semalam.

MUKAH: Politeknik Mukah (PMU) melakar kejayaan membanggakan apabila muncul juara pada Pertandingan Video Pendek anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak.

Program tersebut berlangsung di Dewan UiTM Mukah semalam bermula 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari dan disertai pelbagai agensi serta komuniti setempat.

Sepanjang program sempena Program Komuniti Peningkatan Kesedaran Larangan Pembakaran Terbuka dan Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut, peserta berpeluang menyertai pameran serta demonstrasi menarik termasuk demonstrasi keselamatan kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat serta demonstrasi penggunaan peralatan pemantauan udara oleh JAS. 

JOHAN kategori pertandingan video pendek, pasukan DEP Production dianggotai Muhammad Nur Faizzuddin Hakimi Ibrahim Abdullah dan Muhammad Haziq Hazim Abdullah.

Turut diadakan siri ceramah berkaitan infrastruktur pencegahan kebakaran tanah gambut, kawalan kebakaran, larangan pembakaran terbuka oleh NREB dan kesan jerebu terhadap kesihatan awam.

Kejayaan PMU dalam pertandingan tersebut turut menyerlahkan komitmen institusi itu terhadap kelestarian sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu SDG 4 Pendidikan Berkualiti, SDG 11 Bandar dan Komuniti Lestari serta SDG 13 Tindakan Iklim.

NAIB Johan kategori pertandingan video pendek, pasukan Seventh yang diketuai Carlteddy Kassa Jeremy.

Bagi kategori pertandingan video pendek, pasukan DEP Production yang dianggotai Muhammad Nur Faizzuddin Hakimi Ibrahim Abdullah dan Muhammad Haziq Hazim Abdullah dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dinobatkan sebagai Johan. 

Naib Johan pula diraih pasukan Seventh yang diketuai Carlteddy Kassa Jeremy manakala tempat ketiga dimenangi pasukan Sahabat Alam yang terdiri daripada Elvina Helen Jeffery dan Arvinicia Eunellyn Aking.

TEMPAT ketiga dimenangi pasukan Sahabat Alam yang terdiri daripada Elvina Helen Jeffery dan Arvinicia Eunellyn Aking.

Dua lagi pasukan turut menerima sagu hati iaitu PMU Incinerator Filter dianggotai Victor Adam Clement, Mohammad Fitri Zahid Ismail dan Shahmiezan Sukri dari Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), serta BTC Squad PMU yang dianggotai Welther Lian Raymond, Thaddeus Alister Leo dan Kennethdy Uju Standly, juga dari JKA.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Rosyton Valentine.

Program ini turut mendapat sokongan daripada Pejabat Residen Mukah, UiTM Mukah, Sarawak Energy Berhad serta dihadiri lebih 250 pelajar Politeknik Mukah bersama pensyarah pengiring.

PESERTA Program Komuniti Peningkatan Kesedaran Larangan Pembakaran Terbuka dan Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut.

PMU dalam kenyataannya merakamkan penghargaan kepada JAS Sarawak dan semua rakan kerjasama atas sokongan padu menjayakan program ini. 

Menurut pihaknya, usaha meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menghentikan pembakaran terbuka, melindungi tanah gambut serta memelihara kualiti udara akan terus dipergiat demi kesejahteraan komuniti Mukah dan generasi masa depan.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Keputusan SPMU 2025 diumum esok – KPM
Next: Lebih 19,000 guru bersara awal sejak 2022, kebanyakan hilang minat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.