KUCHING: Politeknik dan Kolej Komuniti hari ini berjaya melakar sejarah apabila tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) atas anjuran Program Literasi Kewangan yang mencatatkan penyertaan terbanyak iaitu seramai 38,847 peserta.
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti(JPPKK) menerusi satu siaran di laman Facebook berkata, program itu melibatkan 36 politeknik termasuk Politeknik Kuching dan 105 kolej komuniti.
Program bertemakan ‘Rancang wang anda, tanam masa depan anda’ bersempena dengan 𝘎𝘭𝘰𝘣𝘢𝘭 𝘔𝘰𝘯𝘦𝘺 𝘞𝘦𝘦𝘬 2023 bertujuan mendidik masyarakat khususnya dalam konteks pemerkasaan pendidikan kewangan dalam kalangan pelajar Insitutusi Pendidikan Tinggi (IPT).
Program anjuran JPPKK dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bermula hari ini sehingga Ahad ini.
Pengumuman MBOR ini dibuat pada Majlis Penutup Program Literasi Kewangan 𝘎𝘭𝘰𝘣𝘢𝘭 Money 𝘞𝘦𝘦𝘬 yang disempurnakan oleh Pengarah Kanan (Kompetensi) JPPKK Zainab Othman di Kolej Komuniti Selayang.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif AKPK Azaddin Ngah Tasir, Pengarah-pengarah politeknik dan kolej komuniti serta Pegawai-pegawai Kanan AKPK.
Oleh SHAHRUL QAIZAT