Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Polis tumpas sindiket judi dalam talian
  • NASIONAL

Polis tumpas sindiket judi dalam talian

Utusan Sarawak 5 years ago

NIBONG TEBAL, 1 Sept -- Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan (dua, kanan) menunjukkan pelbagai barangan rampasan semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Jawi hari ini. Seorang lelaki warga Myanmar dipercayai dalang utama kes penculikan warga asing di Pulau Pinang ditembak mati ketika dia menyerang polis semasa serbuan di sebuah pondok dalam ladang kelapa sawit Paya Keladi, Kepala Batas dekat sini awal pagi tadi. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA NIBONG TEBAL, Sept 1 -- Penang police chief Datuk Sahabudin Abd Manan (second, right) displays the seized goods at a press conference at Seberang Perai Selatan (SPS) Jawi Disctrict Police Headquarters today. A Myanmar man, believed to be the mastermind behind a spate of kidnapping incidents involving foreigners in Penang, was shot dead when he attacked police during a raid on a hut in the Paya Keladi oil palm plantation, Kepala Batas, near here early this morning. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

SIDANG MEDIA… Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan (dua, kanan) menunjukkan pelbagai barangan rampasan semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Jawi semalam.• Foto BERNAMA

NIBONG TEBAL: Polis Pulau Pinang menumpaskan dua sindiket perjudian dalam talian  selepas menahan 60 individu warga China serta 49 rakyat tempatan dalam serbuan berasingan menerusi Op  Dadu Khas di Jelutong, George Town dan Sungai Bakap, di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, dalam serbuan di sebuah kilang membuat  perabot di kawasan perusahaan Sungai Baong, Sungai Bakap pada 3.30 petang, pihaknya menahan seramai 99 individu termasuk 57 warga China yang kesemuanya berumur  19 hingga 52 tahun.

“Kesemua mereka termasuk dua wanita tempatan dan tujuh wanita China itu merupakan pekerja di pusat panggilan untuk perjudian dalam talian serta pelaburan saham tanpa lesen. Sindiket tersebut menjadikan premis kilang itu sebagai pusat panggilan sejak sebulan lepas.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas 97 set komputer bersama monitor, CPU, papan kekunci dan tetikus serta 291 telefon bimbit. Siasatan kami mendapati sindiket itu  menjalankan promosi judi dalam talian yang berpusat di negara ini serta pelaburan saham tanpa lesen dari China,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, siasatan mendapati dalang utama sindiket itu adalah lelaki warga China dan dipercayai dia masih berada di  Malaysia serta polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu menjalankan kegiatan sama di beberapa negeri lain.

Sahabudin berkata, pusat panggilan itu beroperasi dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam dan setiap pekerja dibayar gaji bulanan sebanyak RM3,000 sebulan secara tunai. Sindiket tersebut menyasarkan pelanggan di negara ini serta China.

“Sindiket itu mampu mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit setiap minggu dan jutaan ringgit setiap bulan, pemeriksaan ke atas kesemua warga China tersebut mendapati mereka masuk ke negara ini menggunakan pas pelawat, tiada permit kerja dan telah tamat tempoh. Ada dalam kalangan warga tempatan yang baru bekerja seminggu serta tidak sempat terima gaji,” katanya.

Sementara itu, katanya bagi kes berasingan, polis menyerbu tiga kondominium mewah di Jelutong dalam siri serbuan bermula 1.30 tengah hari hingga 2.40 petang dan menahan 10 lelaki termasuk tiga lelaki warga China yang kesemuanya berumur 20 hingga 61 tahun kerana menjalankan kegiatan mengiklankan perjudian dalam talian melalui aplikasi WhatsApp serta WeChat yang menyasarkan pelanggan tempatan.

Katanya, dalam serbuan itu polis merampas dua set komputer, enam komputer riba serta 419 telefon bimbit serta tablet, 12 keping kad bank  serta empat kereta mewah. 

“Sindiket itu didalangi lelaki tempatan berumur  61 tahun yang turut kami tahan dalam serbuan tersebut dan ia telah beroperasi sejak setahun lepas. Mereka mampu mengaut keuntungan sehingga RM100,000   hingga RM200,000 seminggu. Pekerja di situ dibayar gaji RM2,500 hingga RM4,000,” katanya.

Menurutnya, kesemua mereka yang ditahan dalam siri serbuan itu kini direman selama empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 4(1)(a), 4(1)(b), 4(1)(c) dan 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tahanan lokap IPD Lahad Datu kluster baharu
Next: Batal lesen kelab malam,pub ingkar PKPP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.