Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tumpas sindiket dadah, rampas syabu bernilai lebih RM117,000
  • JENAYAH

Polis tumpas sindiket dadah, rampas syabu bernilai lebih RM117,000

Utusan Sarawak 5 hours ago
ZULKIPLI (tengah) ketika sidang media hari ini.

SIBU: Polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah di daerah ini dengan penahanan seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun serta rampasan dadah jenis syabu bernilai lebih RM117,000 dalam dua serbuan berasingan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, dalam serbuan pertama pada 22 Oktober lalu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak menyerbu sebuah rumah di Lorong Rejang Park dan menahan suspek tersebut.

“Pemeriksaan di rumah berkenaan membawa kepada rampasan 2,055.85 gram dadah jenis syabu,” katanya pada sidang media hari ini.

ZULKIPLI menunjukkan hasil tangkapan dadah yang dibuat baru-baru ini.

Menurut beliau, hasil soal siasat terhadap suspek kemudiannya membawa polis ke sebuah premis perkhidmatan kurier di Jalan Maju, di mana sebanyak 1,038.84 gram lagi dadah syabu ditemui.

“Secara keseluruhan, rampasan berjumlah 3,094.69 gram syabu yang dianggarkan bernilai RM117,598.22 dan boleh digunakan oleh sekitar 15,474 penagih,” jelasnya.

Tambah Zulkipli, ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Siasatan mendapati suspek bertindak sebagai runner dan store keeper bagi sindiket pengedaran dadah di Sibu yang aktif sejak April lalu, dengan bekalan diperoleh dari Semenanjung Malaysia menggunakan perkhidmatan kurier.

Beliau berkata, suspek turut mempunyai tiga rekod lampau melibatkan kes di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka, Seksyen 506 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan,” ujarnya.

Suspek kini direman selama enam hari bermula 23 hingga 29 Oktober untuk siasatan lanjut, manakala pihak polis sedang memburu saki-baki sindiket yang masih bebas.

Zulkipli menegaskan, kejayaan itu hasil kerjasama strategik antara JSJN PDRM Sarawak dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKSEM) dalam usaha bersepadu memerangi ancaman dadah di negeri ini.

“Polis menggesa orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan dadah melalui talian hotline JSJN Bukit Aman 012-2087222 atau JSJN Sarawak di talian 017-5929211,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan miliki syabu di Engkilili

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.