
LAWAS: Rondaan dan pemantauan kelancaran lalu lintas serta penguatkuasaan di seluruh kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas turut menekankan aspek kemasyarakatan.
Slogan ‘Polis dan Masyarakat, Berpisah Tiada’ bukan sekadar kata-kata, tetapi ditunjukkan melalui tindakan empat anggota polis trafik IPD Lawas iaitu Sarjan Hasbie, Sarjan Zuliskandar, Koperal Nazari dan Koperal Mahadhir, yang membantu seorang pemilik kenderaan mengalami kerosakan ketika berada di lapangan.

“Semasa melakukan rondaan mereka telah menemui sebuah kenderaan awam yang mengalami kerosakan kenderaan di Jalan Bandar Lawas.
“Pegawai bertugas segera menghampiri dan memberikan bantuan yang sewajarnya. Kenderaan dialihkan ke tempat lebih selamat dan tidak mengganggu trafik lalu lintas di kawasan tersebut.
“Mereka juga membantu pemilik kenderaan menghubungi mekanik luar kerana kebanyakkan kedai membaiki kenderaan tutup sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina, ” kata Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan ketika dihubungi hari ini.
DSP Liong menegaskan pihaknya sentiasa menasihatkan pengguna jalan raya di Lawas supaya berhati-hati setiap masa, bukan hanya semasa musim perayaan.
Oleh Adeng Edrus