Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Polis tempatkan segera anggota awasi 80 stesen minyak sempadan
  • SEMASA

Polis tempatkan segera anggota awasi 80 stesen minyak sempadan

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengadakan lawatan kerja dan pemantauan operasi kawalan sempadan di pintu masuk Malaysia-Thailand di sini bagi meninjau tahap kesiapsiagaan agensi penguatkuasaan dalam memastikan keselamatan negara terus terpelihara. Foto Bernama

PADANG BESAR: Polis akan menempatkan anggota di 80 stesen minyak berhampiran sempadan dengan segera bagi mengekang aktiviti penyeludupan petrol dan diesel susulan krisis tenaga global ketika ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata arahan sudah diberikan kepada Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail untuk tindakan lanjut termasuk mengatur penugasan anggota bagi mengawasi stesen minyak berhampiran sempadan, sekali gus memantau serta membanteras penyeludupan bahan api.

“Penglibatan pihak polis dalam mengawasi stesen minyak di sempadan ini bukan bersifat kekal. Apabila krisis berakhir, kita akan menilai semula peranan itu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja dan pemantauan operasi kawalan sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, hari ini.

MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengadakan lawatan kerja dan pemantauan operasi kawalan sempadan di pintu masuk Malaysia-Thailand di sini bagi meninjau tahap kesiapsiagaan agensi penguatkuasaan dalam memastikan keselamatan negara terus terpelihara. Foto Bernama

Saifuddin Nasution berkata, penglibatan polis dalam pemantauan itu tidak akan menjejaskan tugas hakiki pasukan berkenaan, termasuk membanteras jenayah narkotik, trafik dan komersial.

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama agensi penguat kuasa lain seperti Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mempertingkat kesiapsiagaan bagi mengekang ketirisan serta penyeludupan bahan api dan barangan kawalan lain. 

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 735 kes penyeludupan petrol, diesel dan barangan kawalan lain direkodkan, membabitkan nilai rampasan keseluruhan RM2.81 bilion bagi tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Mac lalu di kawasan di bawah tanggungjawab Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), meliputi Kedah, Perlis dan Perak.

“Seramai 1,460 individu ditahan membabitkan kes berkenaan,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Syarikat penerbangan AirBorneo bakal miliki tiga pesawat Boeing Julai ini
Next: Bekalan bahan api negara masih stabil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.