Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan tiga pelajar, seorang bekas pelajar disyaki merogol
  • JENAYAH

Polis tahan tiga pelajar, seorang bekas pelajar disyaki merogol

Utusan Sarawak 6 days ago


ALOR SETAR: Polis menahan seorang bekas pelajar dan tiga pelajar lelaki di sebuah sekolah di Baling yang disyaki terlibat dalam kes rogol bawah umur.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling DSP Ahmad Salimi Md Ali berkata pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu daripada waris mangsa yang berusia 53 tahun pada 8.11 malam, Ahad lepas.

“Pada 11.00 pagi hari yang sama, pengadu telah dimaklumkan oleh guru disiplin sekolah berkenaan mengenai penularan satu rakaman anaknya berbogel.

“Polis menahan tiga pelajar dan seorang bekas pelajar bagi membantu siasatan. Hasil siasatan lanjut mendapati, kesemua suspek melakukan hubungan seks termasuk secara berkumpulan pada Mei hingga Ogos lepas di beberapa lokasi termasuk di dalam kelas sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek terlibat menyimpan dan menyebarkan bahan lucah yang tular berkenaan dan polis telah merampas enam telefon bimbit suspek.

“Permohonan reman terhadap empat suspek telah dibenarkan selama lima hari dari tarikh ditangkap (12 Oktober) bagi siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah seksyen rogol berkumpulan dan menghantar pornogafi kanak-kanak.

“Pihak polis memandang serius kejadian ini dan menyeru orang ramai, terutamanya ibu bapa dan penjaga untuk memantau kegiatan dan pergerakan anak-anak, khususnya dalam kalangan remaja,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Man loses RM800 in online phone scam, two arrested for drug offences in Bau
Next: Kes tikam: Suspek hanya diketahui ada masalah pembelajaran bukan mental

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.