Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit penyalahgunaan dadah di Lawas
  • JENAYAH

Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit penyalahgunaan dadah di Lawas

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR hiasan

LAWAS: Polis Daerah Lawas menahan tiga lelaki dalam Ops Tapis Khas yang dijalankan di beberapa lokasi berasingan di daerah ini pada Ahad lalu, kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata dalam tangkapan pertama, seorang lelaki warga asing berusia 53 tahun ditahan selepas polis menghentikan motosikal yang ditungganginya dalam keadaan mencurigakan di Jalan Lawas–Damit, sekitar 4.00 petang.

“Pemeriksaan terhadap badan suspek menemukan satu keratan tiub straw berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.30 gram.

“Bagaimanapun, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan semakan mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam kejadian berasingan pada hari yang sama, sekitar 2.00 petang, polis turut menahan dua lelaki tempatan masing-masing berusia 38 dan 61 tahun yang bekerja sebagai buruh di tepi Jalan Trusan, Lawas, kerana berkelakuan mencurigakan.

DSP Liong berkata pemeriksaan lanjut tidak menemukan sebarang barang salah atau dadah, namun ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Hasil semakan turut mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai satu rekod kesalahan lampau,” katanya.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: 14 lelaki ditahan, dadah bernilai RM615 dirampas dalam Ops Tapis Khas di Limbang
Next: Lelaki tempatan miliki enam rekod jenayah ditahan dalam Op Tapis Khas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.