Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan suspek miliki syabu di Ladang Sawit Empayang
  • JENAYAH

Polis tahan suspek miliki syabu di Ladang Sawit Empayang

Utusan Sarawak 20 hours ago
 SEORANG lelaki tempatan yang disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di Ladang Sawit Empayang, Kabong ditahan polis dekat sini semalam. Foto: IPD Saratok

KABONG: Satu operasi bersepadu di bawah Op Tapis Khas membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di Ladang Sawit Empayang, dekat sini semalam.

Operasi yang dijalankan antara 9.00 pagi hingga 11.00 malam itu melibatkan pasukan Petugas Khas Op Tapis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok yang diketuai Inspektor Henry.

Menurut Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, bertindak atas maklumat, pihak polis telah melakukan pemeriksaan terhadap seorang lelaki berusia 25 tahun sebelum menemui dua paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu di dalam beg duit yang disimpan di poket seluar suspek.

“Rampasan melibatkan anggaran berat 0.7 gram syabu. Suspek kemudiannya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Saratok untuk ujian saringan air kencing, yang kemudiannya didapati positif Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya.

Suspek, yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau, kini disiasat di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah serta Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana positif dadah.

Mathew menegaskan bahawa pihaknya komited meneruskan operasi membanteras penyalahgunaan dadah di kawasan Saratok, khususnya di lokasi-lokasi yang dikenal pasti berisiko.

“Polis akan mempertingkat operasi serta tindakan risikan bagi mengekang aktiviti pengedaran dadah, terutama di kawasan ladang dan penempatan luar bandar. Komuniti juga digesa menyalurkan maklumat bagi membantu usaha ini,” tambahnya.

Kes berkenaan kini dalam proses siasatan lanjut.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: IPD Lubok Antu tahan lelaki disyaki terlibat sindiket penipuan dalam talian di Kota Samarahan
Next: 11 saman trafik dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Motosikal BSPT–JPJ Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.