Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan seorang lelaki kes bunuh wanita
  • JENAYAH

Polis tahan seorang lelaki kes bunuh wanita

Utusan Sarawak 5 months ago

Gambar hiasan

KUCHING: Seorang lelaki tempatan ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita di Tabuan Jaya.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki itu dikeluarkan Majistret Ling Hui Chuan selepas pihak polis membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Kuching, hari ini.

Malam tadi, Kuching digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita di dalam kereta berhampiran kawasan komersial dekat Tabuan Jaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee berkata proses mengenalpasti identiti mayat serta bedah siasat akan dilakukan bagi membantu siasatan.

”Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Permohonan reman ke atas suspek telah diperoleh selama tujuh hari iaitu hingga 22 Disember 2024 di Mahkamah Majistret Kuching.

”Sehubungan itu, orang ramai diingatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih kerana ia akan mengganggu siasatan yang dijalankan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, orang ramai juga diminta untuk menyalurkan maklumat ke balai berhampiran berkaitan kejadian ini.

Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-24444 atau Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Asp Tan Kian Kok di talian 010-5661576 bagi membantu siasatan.

Continue Reading

Previous: Penjawat awam kena tipu RM164,000
Next: Kes bunuh: Bapa tuntut hukuman setimpal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.