Polis tahan pemuda 29 tahun disyaki edar dadah

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Polis menahan seorang pemuda berusia 29 tahun kerana disyaki mengedar dadah, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata suspek warga tempatan ditahan di bilik sewanya di Sungai Baong di sini.

 “Dalam tangkapan itu, pasukan serbuan turut merampas dadah disyaki  jenis syabu seberat 6.33gram dan dianggarkan bernilai RM696.30,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sekurang-kurangnya tiga sebatan, jika sabit kesalahan.

Gambar

Dadah yang dirampas disimpan dalam beg 

Lelaki positif dadah ditahan Polis Bau

BAU: Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan selepas didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam operasi Op Tapis.