Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan pemandu kenderaan dengan nombor pendaftaran palsu
  • JENAYAH

Polis tahan pemandu kenderaan dengan nombor pendaftaran palsu

Utusan Sarawak 5 hours ago
OPERASI penguatkuasaan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Sarawak berjaya menahan suspek.

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an selepas dia didapati memandu sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran palsu semasa rondaan di Jalan Tun Jugah sekitar 10.50 pagi semalam.

Ketua Polis Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, pasukan dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Sarawak menahan kenderaan tersebut selepas pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran berkenaan tidak tersenarai dalam sistem MyJPJ.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek sengaja menukar nombor pendaftaran bagi mengelakkan kenderaan itu ditarik balik oleh pihak bank.

Pemandu tersebut telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 108(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Alexson turut mengingatkan pengguna jalan raya agar tidak melanggar undang-undang, khususnya menggunakan nombor pendaftaran palsu, kerana kesalahan itu memperuntukkan denda antara RM5,000 hingga RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Lelaki warga asing ditahan, disyaki terlibat penyalahgunaan dadah di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.