Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan lima lelaki seludup rokok, minuman keras babit rampasan RM4,028,022.22 juta
  • JENAYAH

Polis tahan lima lelaki seludup rokok, minuman keras babit rampasan RM4,028,022.22 juta

Utusan Sarawak 8 hours ago
FOTO Bernama.

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terbabit aktiviti penyeludupan dan pengedaran rokok serta minuman keras tidak berkastam di Kuching, Sarawak melibatkan nilai keseluruhan rampasan RM4,028,022.22, semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Azmi Abu Kassim dalam kenyataan hari ini berkata lelaki berusia antara 19 hingga 30 tahun itu ditahan di lokasi berasingan menerusi Op Taring 1 dan 2. 

“Barangan rampasan meliputi 31,740 liter minuman keras pelbagai jenis, 280,000 batang rokok putih pelbagai jenis dan 6,000 batang rokok kretek, selain tiga lori Toyota Dutro, Isuzu serta Hino,” katanya. 

Azmi berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga 20 kali nilai terlibat atau RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

 Operasi itu dilaksanakan JKDNKA melalui risikan utama Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Bukit Aman bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak. 

Azmi berkata sejak 1 Jan hingga semalam, WCB/PSK JKDNKA Bukit Aman berjaya melakukan 153 serbuan di seluruh negara dan menahan 233 orang atas pelbagai kesalahan, dengan nilai keseluruhan rampasan RM433,351,837.61. 

Kesalahan itu melibatkan penyeludupan barangan tidak berkastam, ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi, penjualan senjata tiruan, penyeludupan hidupan liar dan operasi memproses sisa elektronik.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kes remaja OKU dipukul di Sungai Asap selesai secara damai
Next: Kuching police arrest suspect in attempted outrage of modesty case

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.