Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan lelaki selepas bertengkar dengan jiran di Lawas
  • JENAYAH

Polis tahan lelaki selepas bertengkar dengan jiran di Lawas

Utusan Sarawak 4 hours ago
SUSPEK terlibat dalam kes mendatangkan kecederaan terhadap jirannya.

LAWAS: Pihak polis telah menerima laporan polis berkenaan satu kejadian pertengkaran antara dua lelaki yang berjiran menggunakan senjata buatan sendiri di rumah mereka di Jalan Long Tengoa Lawas pada pagi Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata dalam kenyataan media bahawa kejadian berlaku apabila pengadu menegur jirannya yang bermain mercun berhampiran rumah pengadu.

Suspek kemudiannya mengambil sebatang rotan yang hujungnya dipasang benda tajam dan memukul pengadu.

Akibat kejadian itu, pengadu mengalami kecederaan ringan. Bertindak atas laporan, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun, yang bekerja sebagai buruh, untuk siasatan lanjut.

Pihak polis juga berjaya merampas senjata yang digunakan oleh suspek. Semakan kesalahan lampau mendapati tiada kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Oleh Adeng Idris

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki dicekup pecah masuk premis pakaian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.