Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Polis tahan lelaki pecut kenderaan
  • NASIONAL

Polis tahan lelaki pecut kenderaan

Utusan Sarawak 5 years ago
ACP A.Asmadi Abdul Aziz

IPOH:  Dalam usaha melarikan diri dari ditahan polis, seorang lelaki dipercayai membawa dadah jenis methamphetamine, bertindak memecut laju kenderaannya sejauh 12 kilometer sebelum memandu melawan arus dan melanggar sebuah kenderaan lain.

Kejadian pada jam 1.00 petang itu menyaksikan suspek yang memandu kereta jenis Proton Saga memecut kenderaannya dari Jalan Ipoh-Lumut menghala ke Jelapang sebelum memandu melawan arus di Jalan Besar Jelapang ke arah Silibin, yang menyebabkan ia melanggar sebuah kereta Perodua Myvi berhadapan KFC Jelapang Square, di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A  Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian bermula apabila polis yang meronda di sekitar Jalan Perusahaan Menglembu mengesan suspek dalam keadaan mencurigakan, sebelum suspek terus memecut laju kenderaannya secara melulu selepas diminta memberhentikan kenderaan.

“Anggota polis mengejarnya hingga ke kawasan Jelapang Square dan suspek yang memandu secara melawan arus, melanggar sebuah kereta Perodua Myvi yang menyebabkan dia luka di mulut, manakala pemandu dan penumpang Myvi hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, selepas pergelutan suspek yang ditahan didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau, dan pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan satu paket plastik lutsinar putih di atas tempat duduk pemandu yang mengandungi dadah dipercayai jenis Methamphetamine seberat 0.48 gram.

Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 186 dan 289 Kanun Keseksaan serta Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Ibu beri dua anak air gula, kopi O ganti susu
Next: Pasar Besar Seremban ditutup bermula semalam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.