Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan lelaki mengamuk bawa sabit di Hulu Spaoh
  • JENAYAH

Polis tahan lelaki mengamuk bawa sabit di Hulu Spaoh

Utusan Sarawak 16 hours ago
KETUA Polis Daerah Betong DSP Rejali Angong. Foto IPD Betong

BETONG: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun selepas bertindak agresif sambil membawa sebilah sabit panjang dan mengugut mangsa dalam kejadian di Kampung Hulu Spaoh, Betong, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Rejali Angong berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu sekitar 5.49 petang.

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong dan Balai Polis Spaoh dikerahkan ke lokasi pada 6.00 petang. Pasukan tersebut berjaya mengawal keadaan sebelum membuat tangkapan terhadap suspek.

POLIS menahan seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun selepas bertindak agresif sambil membawa sebilah sabit panjang dan mengugut mangsa dalam kejadian di Kampung Hulu Spaoh, Betong, petang semalam. Foto IPD BETONG

“Hasil pemeriksaan menemukan sebilah kerambit dan sebilah pisau kecil bersarung di dalam beg silang yang dibawa suspek. 

“Ketiga-tiga senjata berbahaya itu dirampas untuk tindakan lanjut. Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada dendam lama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

POLIS merampas senjata digunakan oleh suspek. Foto IPD BETONG

Rejali berkata, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada hari ini bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata berbahaya.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya bagi kesalahan ugutan jenayah, manakala bagi kesalahan memiliki senjata berbahaya, hukuman penjara sehingga dua tahun serta sebatan boleh dikenakan.

Rejali turut merakamkan penghargaan kepada orang awam yang bertindak pantas menyalurkan maklumat sehingga suspek berjaya diberkas tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 10 individu termasuk pegawai, bekas pegawai kanan tentera ditahan disyaki terlibat penyeludupan
Next: Integrated ‘Op Sekat’ in Kuching nabs 78 undocumented migrants and one local man

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.