Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan lelaki disyaki terlibat penyalahgunaan dadah di Lawas
  • JENAYAH

Polis tahan lelaki disyaki terlibat penyalahgunaan dadah di Lawas

Utusan Sarawak 7 hours ago
MILIKI DADAH… Lelaki bersama dadah ditahan di Sundar.

LAWAS: Sepasukan polis telah menahan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun, bekerja sebagai buruh, kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah petang semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan memberitahu tangkapan dibuat di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Sundar Lawas.

Pemeriksaan lanjut telah menjumpai satu kotak rokok didalamnya terdapat satu keratan tiub straw berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu.

Barang tersebut yang disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 0.30 gram telah dirampas dan dijadikan barang kes.

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Semakan kesalahan lampau mendapati tiada kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut seksyen 12(2) ADB 1952 dan seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: PDRM Lawas tahan lelaki tempatan disyaki terlibat aktiviti perjudian
Next: Jemaah tangkap lelaki disyaki curi wang ketika Qiamullail di masjid

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.