Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis tahan lelaki disyaki edar dadah
  • Utara
  • WILAYAH

Polis tahan lelaki disyaki edar dadah

Utusan Sarawak 3 months ago
DIRAMPAS… Dadah yang dirampas daripada suspek.

MIRI: Seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah ditahan polis di Bandar Baru Permyjaya, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, ACP Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan semalam berkata,
suspek berusia 54 tahun ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah sekitar 10.50 malam.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, pasukan serbuan telah menjumpai dan merampas barang disyaki dadah jenis syabu berjumlah 5.66 gram.

“Nilai rampasan barang disyaki dadah dianggarkan jumlah bernilai RM630,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, hendaklah dikenakan hukuman penjara untuk suatu tempoh tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak lebih daripada lima tahun dan juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan tetapi tidak lebih daripada sembilan sebatan, katanya lagi.

Alexson memberitahu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Miri untuk permohonan reman di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membantu siasatan.
Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rokok tanpa cukai bernilai RM246,400 dirampas
Next: 542 paket bekalan makanan dihantar kepada mangsa banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.