
BINTANGOR: Seorang lelaki berumur 29 tahun ditahan pasukan polis ‘Task Force’ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong ketika operasi ‘Ops Tapis’ dijalankan di kawasan bandar Bintangor, pada 4 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Tansli Mering, berkata tangkapan dilakukan sekitar 7.25 malam dan suspek dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Meradong untuk saringan air kencing.
“Bintangor /2232/25 adalah berkaitan. Saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan media, malam tadi.
Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan akan didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.
“Pihak polis IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut,” tegasnya.
Tansli turut menyeru masyarakat untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong.
“Maklumat boleh disalurkan ke Balai Polis Bintangor di talian 084-693222,” katanya.
Oleh Earl Anek