
LAWAS: Sepasukan anggota polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun bekerja sebagai buruh kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Tangkapan dilakukan 6.15 petang semalam dibandar Lawas.
Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan memberitahu hasil pemeriksaan badan, tiada menjumpai apa-apa barang salah atau dadah.
Manakala hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amp dan Meth.
Semakan kesalahan lampau mendapati suspek tiada kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Oleh Adeng Edrus