Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan dua suspek samun acu pistol tiruan di Sibu
  • JENAYAH

Polis tahan dua suspek samun acu pistol tiruan di Sibu

Utusan Sarawak 21 hours ago
BARANGAN RAMPASAN…..Polis merampas beberapa barang iaitu satu unit kelopak pistol tiruan, dua unit telefon pintar milik mangsa, serta satu unit pisau pelbagai-guna.

SIBU: Dua lelaki ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes samun bersenjata di salun rambut Jalan Chambers di sini, malam Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada lebih kurang 11.01 malam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati ketika kejadian, pengadu bersama seorang rakannya sedang berehat di premis berkenaan sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali.

“Suspek telah mengacu objek yang menyerupai sepucuk pistol ke arah dahi rakan pengadu dan seterusnya mengugut mangsa untuk menyerahkan barang berharga.

“Kerana bimbang akan keselamatan diri, mangsa telah menyerahkan dua unit telefon pintar kepada suspek yang kemudiannya melarikan diri dari tempat kejadian, tiada kecederaan dilaporkan dialami oleh mangsa,” katanya menerusi siaran media, hari ini.

Bertindak atas maklumat dan hasil risikan, pihak polis berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 44 tahun pada lebih kurang 10.30 pagi semalam.

“Kedua-dua suspek dipercayai terbabit dalam kes samun ini. Siasatan mendapati, suspek pertama mempunyai 11 rekod lampau iaitu lima kes jenayah pecah rumah dan curi, satu kes samun serta lima kes dadah.

“Suspek kedua mempunyai lima rekod lampau iaitu satu kes menyamar sebagai penjawat awam, satu kes curi dan tiga kes dadah,” ujarnya.

Polis turut merampas satu kelopak pistol tiruan, dua unit telefon pintar milik mangsa serta satu pisau pelbagai guna yang dipercayai digunakan dalam kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkawan menggunakan senjata, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua suspek telah direman selama tujuh hari sehingga 27 Ogos bagi membantu siasatan.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Rokok seludup RM11.88 juta dirampas di gudang Demak Laut
Next: SFC, Polis Marin berjaya bongkar dua kes pemilikan telur penyu haram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.