Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan dua penganggur, rampas syabu Op Tapis di Limbang
  • JENAYAH

Polis tahan dua penganggur, rampas syabu Op Tapis di Limbang

Utusan Sarawak 2 days ago
OPS TAPIS… Dua suspek yang ditahan dalam dua serbuan berasingan menerusi Op Tapis di Limbang semalam. Foto IPD Limbang

LIMBANG: Penganggur ditahan polis dalam Op Tapis yang dijalankan di Kampung Kelapa Mawar petang semalam, sekali gus membawa kepada rampasan dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata suspek 55 tahun ditahan dalam rumah di lokasi tersebut ketika serbuan 3.00 petang.

“Hasil pemeriksaan kita menemui satu paket plastik lutsinar berisi dadah disyaki jenis syabu beranggaran  0.25 gram bersama suspek.

“Hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan terhadap suspek menunjukkannya negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, terdahulu pada serbuan 9.30 pagi di kawasan perumahan Ranggau Limbang, seorang penganggur turut ditahan kerana positif dadah jenis positif amphetamine dan methamphetamine.

“Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek yang ditangkap mempunyai rekod lampau dadah dan kedua-dua suspek tiada mempunyai pekerjaan tetap,”ujarnya.

Kes terbabit akan disiasat  mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki tempatan ditahan curi komponen jentolak
Next: Indeks jenayah Mukah turun 11.21 peratus dari Januari hingga Oktober ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.