Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan dua lelaki tempatan disyaki terlibat kes curi dan halang penjawat awam
  • JENAYAH

Polis tahan dua lelaki tempatan disyaki terlibat kes curi dan halang penjawat awam

Utusan Sarawak 13 hours ago
ALEXSON mengesahkan dua lelaki ditahan kerana menghalang tugas.

KUCHING: Polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes curi serta menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam satu kejadian di sekitar Jalan Tun Razak dan Jalan Sungai Apong awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Alexson Naga Chabu berkata kedua dua suspek berusia 25 dan 28 tahun itu ditahan oleh pasukan ronda cegah jenayah Balai Polis Sekama pada jam lebih kurang 4.09 pagi semalam.

Menurutnya, sekitar 3.00 pagi, anggota polis yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah terserempak dengan dua suspek dalam keadaan mencurigakan di tepi Jalan Tun Razak.

“Apabila dihampiri pihak polis, kedua dua suspek bertindak melarikan diri sehingga berlaku aksi kejar mengejar sebelum berjaya ditahan,” katanya.

Beliau berkata hasil pemeriksaan membawa kepada rampasan sebuah mesin rumput, sebuah motosikal jenis Yamaha 110 Sport dan beberapa anak kunci yang dipercayai berkaitan dengan kes tersebut.

“Siasatan awal mendapati mesin pemotong rumput itu dipercayai dicuri dari sebuah stor rumah yang tidak berkunci di Jalan Chawan, Kuching,” katanya.

Menurut beliau, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua dua suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine selain mempunyai rekod jenayah serta kesalahan dadah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua duanya sekali.

Alexson turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memastikan premis dan stor simpanan berada dalam keadaan berkunci serta segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak polis.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Penipuan pelaburan dalam talian rugikan warga emas lebih RM100,000
Next: Sembilan lelaki ditahan bantu siasatan pergaduhan tular di Debak 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.