
BAU: Polis Bau menahan dua lelaki berusia antara 22 hingga 40 tahun dalam satu pemeriksaan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Kampung Segong, Bau.
Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata, satu paket plastik lutsinar kecil berisi bahan kristal dipercayai syabu (metamfetamina) telah dijumpai pada salah seorang suspek.
“Suspek berkenaan ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah, manakala kedua-dua lelaki tersebut didapati positif dadah dan turut ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya.
Menurut beliau, polis akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.
“Orang ramai digalakkan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah melalui talian hotline NCID Bukit Aman di 012-208 7222 atau NCID Sarawak di 017-592 9211,” tambahnya.
Oleh Connie Chieng