Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Sibu giat tingkatkan operasi banteras jenayah dan samseng jalanan
  • JENAYAH

Polis Sibu giat tingkatkan operasi banteras jenayah dan samseng jalanan

Utusan Sarawak 13 hours ago
POLIS SIBU…Perhebat Operasi Cegah Jenayah dan Samseng Jalanan di beberapa lokasi tumpuan, antaranya Jalan Awang Ramli Amit dan Jalan Bujang Suntong. Foto: Facebook IPD Sibu

SIBU: Sebanyak 332 kenderaan dan 394 individu diperiksa sepanjang Operasi Bersepadu Cegah Jenayah dan Samseng Jalanan di beberapa lokasi tumpuan, antaranya Jalan Awang Ramli Amit dan Jalan Bujang Suntong.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Azari Miskon berkata, hasil pemeriksaan itu, polis mengeluarkan 87 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Dalam tindakan penguatkuasaan, dua lelaki ditahan atas kesalahan berasingan. Seorang daripadanya ditahan kerana melakukan aksi berbahaya ‘wheelie’ di jalan raya dan disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Manakala seorang lagi remaja berusia 16 tahun ditahan kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu dan disiasat di bawah Seksyen 108 akta sama,” ujarnya yang mengetuai operasi bersepadu tersebut.

SERBUAN ke atas sebuah premis hiburan di Jalan Lau King Howe yang beroperasi tanpa lesen sah. Foto: Facebook IPD Sibu

Operasi bersepadu yang dijalankan dari 10.00 malam hingga 3.00 pagi, melibatkan 12 pegawai dan 61 anggota daripada pelbagai bahagian termasuk Trafik, Siasatan Jenayah, Narkotik serta Pencegahan Jenayah.

ACP Azari turut memantau pelaksanaan operasi, khususnya di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Channel dan Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce.

Dalam perkembangan lain, katanya, polis turut menahan dua individu berkaitan kes jenayah dan narkotik, termasuk seorang lelaki tempatan yang didapati memiliki dadah disyaki methamphetamine serta positif dadah.

“Turut dijalankan serbuan ke atas sebuah premis hiburan di Jalan Lau King Howe yang beroperasi tanpa lesen sah. Seorang pekerja lelaki tempatan ditahan, manakala pelbagai peralatan premis dirampas untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Hiburan 2000,” ujarnya lagi.

Beliau memaklumkan operasi berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terus terpelihara.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis Padawan keluarkan 96 saman, sita 13 motosikal dalam operasi banteras samseng jalanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.