Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis siasat rompakan melibatkan pasangan warga emas di Kota Samarahan
  • JENAYAH

Polis siasat rompakan melibatkan pasangan warga emas di Kota Samarahan

Utusan Sarawak 9 hours ago
POLIS sedang menyiasat kes rompakan berkumpulan tanpa senjata api yang berlaku di rumah Taman Merlin, di sepanjang Jalan Sin Hin, Kota Samarahan petang tadi. Foto IPD Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN: Sepasang warga emas menjadi mangsa rompakan di rumah mereka kira-kira 11.15 pagi tadi, apabila mangsa yang berada di rumah bersama isterinya terdengar seseorang membuka pintu hadapan yang tidak berkunci.

Dua lelaki tidak dikenali berpakaian serba hitam, memakai sarung tangan dan penutup muka, kemudiannya memasuki rumah berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Barry William berkata salah seorang suspek bersenjatakan tukul dan cuba menyerang mangsa, selain menolak isterinya semasa kejadian.  

Barry berkata, polis sedang menyiasat kes samun berkumpulan tanpa senjata api yang berlaku di rumah di Taman Merlin, di sepanjang Jalan Sin Hin.

POLIS sedang menyiasat kes rompakan berkumpulan tanpa senjata api yang berlaku di rumah Taman Merlin, di sepanjang Jalan Sin Hin, Kota Samarahan petang tadi. Foto IPD Kota Samarahan

Beliau berkata kejadian dilaporkan kira-kira 1.34 petang tadi, melibatkan seorang lelaki berusia 88 tahun yang juga pengadu dan mangsa. Kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Barry menambah, suspek berjaya melarikan diri dengan beberapa barangan termasuk wang tunai berjumlah RM5,000, AS$500, jam tangan Casio, telefon bimbit ZTE serta barang kemas emas terdiri daripada cincin, rantai leher dan loket. Jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM14,000.

Beliau berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat dan tiada barangan dirampas.

Siasatan awal mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di lokasi kejadian. Kenyataan mangsa telah dirakam dan bantuan forensik serta teknikal daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak telah dipohon bagi membantu siasatan.

“Polis sedang giat mengesan suspek dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Watson Junga di talian 013-338 8282 bagi membantu siasatan.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki tempatan ditahan bersama dadah, miliki rekod jenayah lampau di Betong
Next: Seleweng dana NGO: SPRM sita RM4 juta aset pendakwah bebas  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.