Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis siasat kematian warga indonesia di Jalan Lumba Kuda, Penrissen Lama
  • Selatan
  • WILAYAH

Polis siasat kematian warga indonesia di Jalan Lumba Kuda, Penrissen Lama

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEORANG lelaki ditemui meninggal di tepi Jalan Lumba Kuda, Penrissen Lama; polis sedang menjalankan siasatan.

KOTA SENTOSA: Seorang lelaki warganegara Indonesia ditemui terbaring tidak sedarkan diri di tepi Jalan Lumba Kuda, Penrissen Lama di sini, hari ini, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Padawan memaklumkan bahawa Balai Polis Kota Sentosa menerima laporan awam sekitar 8.05 pagi tadi berhubung penemuan mangsa yang berusia 37 tahun.

Siasatan awal oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan bersama Unit Forensik IPK Sarawak mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian dahi mangsa.

Punca kematian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.

Pihak polis meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Hafizin di talian 019-5040810 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, ASP Sylvarius Gopog di talian 013-8637241.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: MOTAC sokong pemeliharaan Tokong Da Wang Gong sebagai warisan budaya
Next: Program Remaja Qurani 1447H bentuk generasi berakhlak dan berilmu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.