Polis siasat kematian kanak-kanak di Jalan Rantau Panjang

Facebook
WhatsApp
KETUA Polis Daerah Sibu ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad.

SIBU: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak yang dipercayai ditetak dalam kejadian berlaku di Jalan Rantau Panjang Jaya di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian itu.

“Setakat ini, pihak kami (CID) sedang berada di lokasi kejadian,” katanya ringkas kepada pemberita, sebentar tadi.

Pihak polis kini masih belum mendedahkan maklumat lanjut tentang kejadian itu.

Oleh Akun Giman