Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Polis siasat kekecohan semasa Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu
  • NASIONAL

Polis siasat kekecohan semasa Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu

Utusan Sarawak 20 hours ago
SUASANA kecoh tercetus dimulakan beberapa perwakilan ketika Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ke-8 Tahun 2025 di IDCC Shah Alam. Foto MalaysiaGazette

SHAH ALAM: Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian kekecohan yang meletus pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima satu laporan polis pada 12.18 tengah malam tadi oleh ketua keselamatan parti berkenaan.

Beliau berkata berdasarkan laporan itu, pengadu yang sedang bertugas ketika kejadian telah melihat dua individu lelaki yang juga ahli parti berkenaan bangun dan menjerit mengganggu sesi ucapan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yasin.

“Pengadu kemudian pergi ke arah seorang daripada lelaki itu bagi menenangkannya, namun pengadu telah ditarik dari belakang sehingga jatuh dan berlaku kekecohan di dalam dewan.

“Kejadian yang berlaku berjaya dikawal dengan baik oleh beberapa ahli yang lain, dengan membawa keluar kedua-dua lelaki itu dari dewan dan perhimpunan berjalan seperti biasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada mana-mana individu dengan tiada sebarang kerugian harta benda dilaporkan.

Beliau dalam kenyataan sama memohon mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Mohd Afandi Ahmad di talian 016-725 2948.

Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kapal Ex-USCGC Steadfast rasmi milik APMM
Next: RUU Perolehan Kerajaan 2025 perkukuh integriti, hormati autonomi Sarawak dan Sabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.