Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis siasat dua kemalangan lori simen libat syarikat sama di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Polis siasat dua kemalangan lori simen libat syarikat sama di Sibu

Utusan Sarawak 5 hours ago
POLIS menahan pemandu lori simen bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di persimpangan Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Sibu

SIBU: Polis sedang menyiasat dua kemalangan membabitkan lori simen yang dipercayai melibatkan syarikat sama, termasuk satu insiden maut di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Azari Miskon berkata dalam kejadian terbaharu itu, seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai terperosok di bawah lori berkenaan.

Beliau berkata pemandu lori berusia 50 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Sibu esok.

“Ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Mengulas lanjut, Azari berkata kemalangan pagi tadi mempunyai kaitan dengan satu lagi insiden pada 10 Februari lalu yang turut melibatkan lori simen daripada syarikat sama.

Dalam kejadian di Jalan Deshon berhampiran sebuah sekolah menengah itu, sebuah lori simen dilaporkan hilang kawalan sebelum terbalik dan menghempap sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Kemalangan tersebut mengakibatkan seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun maut di lokasi kejadian selepas tersepit dalam kenderaan.

Operasi menyelamat dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan bantuan kren untuk mengalihkan lori yang terbalik.

Kes bagi kedua-dua insiden disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Continue Reading

Previous: Laluan sekitar Stadium Miri ditutup sementara sempena Jalan Santai SKS 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.