Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Serian tumpaskan aktiviti dadah, 11 kes penyalahgunaan direkod
  • JENAYAH

Polis Serian tumpaskan aktiviti dadah, 11 kes penyalahgunaan direkod

Utusan Sarawak 4 weeks ago
POLIS Serian merampas syabu dan merekodkan 11 kes penyalahgunaan dadah di Daerah Serian

SERIAN: Polis menahan dua suspek dan merampas dadah dalam Op Tapis Khas Sarawak Bil. 2/2026 yang dijalankan di daerah ini dari 25 Januari hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Serian, Superintenden Freddy Bian berkata, tangkapan itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Serian dengan bantuan anggota Balai Polis Serian serta Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah.

Menurutnya, dua suspek ditahan secara berasingan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, dengan rampasan 14.62 gram dadah jenis syabu di kawasan Kampung Paon Sungai Rimu Bakong.

“Selain itu, satu kes di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 melibatkan rampasan 0.3 gram syabu di Kampung Terbat Mawang, Tebekang,” katanya.

Beliau menambah, pihak polis turut merekodkan 11 kes di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang melibatkan penyalahgunaan dadah di Kampung Paon Sungai Rimu Bakong serta kawasan sekitar Mongkos.

Freddy menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dan menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat, termasuk hukuman lebih berat bagi pesalah berulang.

“Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya terdapat aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing. Kerjasama erat antara PDRM dan masyarakat amat penting dalam usaha membanteras masalah dadah, khususnya di Daerah Serian,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Sembilan ditahan, dadah bernilai RM670 dirampas dalam Ops Tapis Khas di Limbang
Next: SPRM tahan lima lagi individu bantu siasatan rasuah syarikat kroni TLDM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.