Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Serian minta bantuan orang ramai jejak OBB dikehendaki, langgar syarat akta penjara
  • JENAYAH

Polis Serian minta bantuan orang ramai jejak OBB dikehendaki, langgar syarat akta penjara

Utusan Sarawak 4 hours ago
INDIVIDU berstatus Orang Bebas Berlesen (OBB) yang dikehendaki kerana melanggar syarat di bawah Seksyen 43(1) Akta Penjara 1995 (Akta 573). Foto IPD Serian

SERIAN: Polis Daerah Serian meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat bagi mengesan seorang individu berstatus Orang Bebas Berlesen (OBB) yang dikehendaki kerana melanggar syarat di bawah Seksyen 43(1) Akta Penjara 1995 (Akta 573).

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian dalam kenyataan hari ini berkata, individu yang dicari itu dikenali sebagai Andre Aggasi Akat, 29, berasal dari Kampung Rayang, Jalan Kuching–Serian.

Beliau merupakan lelaki berbangsa Bidayuh yang kini dikesan gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah program OBB, sekali gus menyebabkan pihak polis perlu mengesannya segera bagi tindakan lanjut.

Polis menggesa mana-mana individu yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai keberadaan Andre Aggasi agar segera menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Mejar Muhammad Asin Abdullah (Ketua Polis Balai Serian) di talian 012-3713569, atau terus menghubungi IPD Serian di talian 082-874201.

Pihak polis turut menegaskan bahawa segala maklumat yang diterima akan dirahsiakan dan digunakan bagi membantu siasatan serta memastikan keselamatan komuniti setempat terus terjamin.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: SPRM nafi acukan pistol di kepala Albert Tei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.