Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis Sarawak utamakan usaha banteras jenayah dadah
  • Utara
  • WILAYAH

Polis Sarawak utamakan usaha banteras jenayah dadah

Utusan Sarawak 9 hours ago
KERJASAMA ERAT… Mohamad Zainal menyaksikan DSP Liong menyampaikan cenderamata kepada Henry Sum Agong sambil disaksikan bersama Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa.

LAWAS: Jenayah dadah di Sarawak menjadi keutamaan Polis Kontinjen Sarawak dalam usaha mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan sejahtera.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata semua polis di Sarawak digerakkan untuk melakukan pembersihan dengan menangkap semua pesalah dadah secara serius.

“Tugas kita untuk memastikan bahawa masalah sosial ini, khususnya dadah ini dapat kita tangani dengan lebih baik agar anak-anak muda di seluruh Sarawak tidak terjebak.

TERIMA KASIH… Mohamad Zainal menyampaikan cenderamata kepada Awangku Jinal atas kerjasama yang erat.   

“Saya telah tetapkan kepada semua Ketua Polis Daerah untuk membuat tangkapan setiap hari dan itu arahan yang saya telah berikan kepada mereka supaya masyarakat hidup dalam keadaan tenteram tiada lagi masalah kecurian,” katanya.

Mohamad Zainal berkata demikian pada majlis makan malam bersama Pesuruhjaya Polis Sarawak di Hotel Seri Malaysia Lawas malam tadi.

Katanya Polis Kontinjen Sarawak juga akan turun padang bagi menyelami masalah rakyat khususnya berkaitan aspek keselamatan.

BERTUKAR MAKLUMAT… Henry Sum bersama Mohamad Zainal dan Awangku Jinal Abedin meluang masa bertukar berbagai maklumat.  

Beliau menjelaskan Polis Kontinjen Sarawak mempunyai kekuatan lebih 11,000 pegawai dan anggota di seluruh Sarawak.

Ia melibatkan Pasukan Gerakan Am, Unit Udara, Marin dan 28 daerah polis.

Beliau mahu pasukannya terus memikul amanah dan sentiasa bersama-sama dengan masyarakat untuk menyelami masalah yang mereka hadapi khususnya berkaitan dengan keselamatan.

Turut hadir, Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Saifullizan Ishak, barisan pegawai kanan PDRM Kontinjen Sarawak dan Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Huang utamakan kesejahteraan rakyat luar bandar
Next: PMR 2025 bukti komitmen perkasa infrastruktur luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.