Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Polis Sarawak lancar Op Selamat 2026 sempena Aidilfitri
  • TEMPATAN

Polis Sarawak lancar Op Selamat 2026 sempena Aidilfitri

Utusan Sarawak 7 hours ago
PESURUHJAYA Polis Sarawak, Dato Mohamad Zainal Abdullah.

KUCHING: Kontinjen Polis Sarawak akan melaksanakan Op Selamat 2026 sempena sambutan Aidilfitri, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohamad Zainal Abdullah.

Operasi selama enam hari itu bermula esok sehingga 24 Mac 2026, diterajui oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dengan penglibatan semua cawangan dan daerah di seluruh Sarawak.

Beliau menjelaskan, operasi ini bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya, menguatkuasakan undang-undang trafik, serta mendidik pengguna jalan raya mengenai keselamatan dan tanggungjawab mereka.

Selain itu, polis turut memberi tumpuan kepada pencegahan jenayah pecah rumah, khususnya kediaman yang ditinggalkan semasa musim perayaan, melalui rondaan berkala bagi memastikan kawasan perumahan selamat.

Seramai kira-kira 750 pegawai dan anggota polis daripada pelbagai jabatan akan digerakkan sepanjang operasi bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan jalan raya dan pematuhan undang-undang.

Orang ramai disaran memaklumkan pihak polis sebelum meninggalkan rumah dengan mendaftar di aplikasi Volunteer Smartphone Patrol, menghubungi atau hadir ke balai polis berhampiran, atau mengisi borang balik kampung di laman web PDRM atau portal trafik.

Tumpuan Op Selamat 2026 adalah di jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan bandaran, terutamanya di kawasan yang kerap berlaku kemalangan serta kesesakan lalu lintas.

Statistik menunjukkan kemalangan jalan raya semasa Aidilfitri 2025 mencatatkan 332 kes, berbanding 354 kes pada 2024, iaitu penurunan sebanyak 22 kes atau 6.2 peratus.

Kemalangan maut juga menurun kepada lima kes pada 2025 berbanding tujuh kes pada tahun sebelumnya.

Daerah dengan jumlah kemalangan tertinggi semasa Op Selamat 2025 ialah Kuching dengan 87 kes, diikuti Miri sebanyak 50 kes dan Padawan sebanyak 43 kes.

Beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan serta arahan pihak berkuasa dan menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang trafik.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan keluarga,” katanya sambil menggesa kerjasama semua pihak bagi memastikan operasi ini mencapai matlamatnya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Sarawak terima penerbangan sulung Guangzhou–Kuching, perkukuh hubungan antarabangsa
Next: SDCA perhalusi hala tuju, perkasa peranan belia dan warisan budaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.