Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Polis Sarawak lancar Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya sempena Krismas 2025
  • TEMPATAN

Polis Sarawak lancar Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya sempena Krismas 2025

Utusan Sarawak 4 hours ago
PESURUHJAYA Polis Sarawak, Datuk Mohd Zainal Abdullah, menasihati pengguna jalan raya supaya berhati- hati di jalan raya sepanjang musim perayaan.

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, mengumumkan bahawa Kontinjen Polis Sarawak, khususnya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, akan melaksanakan Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya sempena sambutan Krismas 2025.

Kempen itu akan berlangsung selama enam hari, dari 23 hingga 28 Disember, di semua daerah di bawah Kontinjen Sarawak.

Zainal berkata, kempen berkenaan bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan, memperkukuh penguatkuasaan undang-undang trafik, serta meningkatkan keselamatan orang awam melalui penugasan pegawai polis di kawasan yang kerap berlaku kemalangan bagi memastikan aliran trafik lancar dan terkawal.

Beliau berkata, kempen itu akan melibatkan semua cawangan dan jabatan dalam Kontinjen Sarawak, dengan kira-kira 700 pegawai dan anggota polis terlibat sepanjang operasi tersebut.

Penglibatan mereka adalah bagi memberi kesedaran serta mendidik orang ramai tentang keselamatan jalan raya dan kepatuhan terhadap undang-undang trafik, khususnya pada musim perayaan yang menyaksikan risiko kemalangan lebih tinggi.

Beliau turut mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan lalu lintas dan mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh anggota penguat kuasa yang bertugas di jalan raya sepanjang musim perayaan ini. Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar peraturan trafik. Zainal turut menyeru agar orang ramai mengutamakan keselamatan diri dan keluarga.

Zainal berharap kempen itu berjaya mencapai matlamat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di seluruh Sarawak sepanjang musim perayaan.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Sebuah PPS dibuka di Sarawak, 56 mangsa banjir dipindah
Next: Ops Bersama tingkat kerjasama penguatkuasaan dan kesedaran awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.