Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Polis Sarawak buka beberapa fail SOSMA, kumpulan jenayah terancang dikenal pasti
  • TEMPATAN

Polis Sarawak buka beberapa fail SOSMA, kumpulan jenayah terancang dikenal pasti

Utusan Sarawak 4 hours ago
TAHNIAH…Datuk Mohamad Zainal Abdullah menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai polis.

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak telah membuka beberapa fail di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selepas mengenal pasti kewujudan kumpulan tertentu yang terlibat dalam aktiviti jenayah terancang di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kumpulan yang terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah berat termasuk dadah, penipuan, pemerasan dan gangsterisme.

“Kita telah membuka beberapa fail untuk tindakan SOSMA dan mengenal pasti kumpulan tertentu. 

“Saya memberi amaran, bukan sahaja mereka yang terlibat dalam gejala dadah, tetapi apa juga aktiviti lain seperti penipuan, gangsterism, memeras ugut, semua ini tidak terlepas daripada tindakan berat SOSMA,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada ketika ditemui media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini hari ini.

Mohamad Zainal berkata tindakan akan diambil sebaik sahaja polis mempunyai keterangan dan bukti mencukupi, sambil menegaskan bahawa penguatkuasaan di bawah SOSMA membolehkan pihaknya mengekang sindiket jenayah terancang dengan lebih tegas.

“Apabila kita cukup keterangan dan bukti, kita akan ambil tindakan. Itu kita tidak ada kompromi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan bahawa seramai 1,031 pegawai dan anggota PDRM Sarawak dihantar bagi membantu kelancaran Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung hujung minggu ini. 

Katanya, sebahagian daripada pegawai terlibat telah pun berada di Sabah, manakala kumpulan selebihnya akan berlepas esok pagi.

“Walaupun jumlah keseluruhan 1,031, lebih 200 telah pun berada di Sabah. Selebihnya akan saya lepaskan esok pagi. Mereka akan ditempatkan di semua lokasi mengikut keperluan Kontinjen Sabah,” katanya sambil menambah bahawa penugasan anggota itu telah disusun sepenuhnya oleh pihak polis Sabah.

Oleh SHAHRUL QAIZAT 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Polis Sarawak mahu ‘block’ sistem judi dalam talian, tiada lagi boleh akses – Mohamad Zainal
Next: PDRM Sarawak siap siaga hadapi banjir, OCPD daerah diarah sedia aset

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.