Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Polis sahkan terima laporan kematian 4 individu selepas hadiri konsert tahun baharu di Subang Jaya
  • NASIONAL

Polis sahkan terima laporan kematian 4 individu selepas hadiri konsert tahun baharu di Subang Jaya

Utusan Sarawak 4 months ago

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan

SHAH ALAM: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kematian dua lelaki dan dua wanita warga tempatan yang menghadiri sebuah konsert di Bandar Sunway, Subang Jaya semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata laporan polis membabitkan kesemua mangsa lingkungan usia 20 hingga 40 tahun itu dibuat oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Beliau berkata proses bedah siasat telah dijalankan hari ini namun pihaknya masih menunggu hasil siasatan makmal. 

“Didapati tiada sebarang kecederaan luaran yang dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). 

“Bagaimanapun siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau keracunan kepada semua si mati,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Ridzal Puat di talian 03-56382122 atau pusat kawalan daerah di talian 03-78627222.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Tahun 2025 rai permulaan kelahiran Generasi Beta
Next: JPJ tawar kompaun khas RM150 bagi tiga jenis kesalahan selama 6 bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.