Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Polis sahkan MP Klang diberi notis ingkar PKP
  • NASIONAL

Polis sahkan MP Klang diberi notis ingkar PKP

Utusan Sarawak 5 years ago
Keadaan di sebuah dewan di Jalan Sungai Keramat 9, Taman Klang Utama, Klang, kelmarin yang dihadiri Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago bersama pembantunya bagi mengagih bantuan kepada penduduk. – Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Polis mengesahkan notis ingkar   Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diberikan kepada Ahli Parlimen (MP) Klang   Charles Santiago dan pembantunya semalam supaya hadir memberi keterangan berhubung isu berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara   ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata, notis itu dikeluarkan susulan Ahli Parlimen terbabit dan pembantunya didapati berada di Dewan Orang Ramai Taman Klang Utama pada Ahad lepas untuk menyampaikan sumbangan barangan basah kepada kira-kira 200 hingga 300 penduduk setempat.

Beliau berkata, siasatan mendapati tiada khidmat anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) digunakan untuk mengawal aktiviti penyerahan sumbangan berkenaan dan kaedah pemberian juga tidak disusun dengan teliti serta tiada jarak   sosial.

“Pada Ahad lepas kira-kira jam 10.20 pagi, polis menerima maklumat terdapat orang ramai berkumpul di dewan tersebut dan siasatan mendapati   Ahli Parlimen terbabit bersama pembantunya   sedang mengagihkan sumbangan barangan basah kepada penduduk sekitar.

“Hasil siasatan lanjut, pihak penganjur sumbangan   itu ada mengemukakan surat kebenaran bertarikh 27 April (Isnin)   daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjalankan aktiviti terbabit namun penyerahannya dilakukan pada 26 April (Ahad),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, setakat ini enam saksi   dipanggil untuk membantu siasatan dan Charles Santiago telah memberikan keterangannya kira-kira jam 11 pagi semalam.

Katanya,   kes disiasat mengikut   Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Polis tumpas sindiket judi dalam talian
Next: Timbalan Menteri Kesihatan, exco didenda RM1,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.