Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis sahkan mayat reput milik Nurul Asikin
  • JENAYAH

Polis sahkan mayat reput milik Nurul Asikin

Utusan Sarawak 5 months ago

Polis mengesahkan mayat reput yang ditemui di dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya, Kuching Ahad lalu adalah Nurul Asikin Lan.

KUCHING: Polis mengesahkan mayat reput yang ditemui di dalam longkang di Tabuan Jaya, Ahad lalu milik Nurul Asikin Lan, 26.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima keputusan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) petang tadi.

Allahyarham Nurul Asikin dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu selepas keluar bersama seorang lelaki yang baru dikenalinya.

Pada Ahad lalu, mayat wanita yang sudah reput ditemui di dalam longkang berdekatan tempat pembuangan sampah di Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya.

Lelaki berusia 20-an iaitu suspek utama yang ditahan pada Sabtu membawa polis ke lokasi itu dan menunjukkan tempat mayat mangsa dibuang.

Polis berjaya menahan seorang suspek berusia 24 tahun yang merupakan kenalan Asikin. Dia direman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kes bunuh.

Mohd Farhan menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu dan menghubungi IPD Kuching di talian 082-24444 jika mempunyai maklumat berhubung kes.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, suspek mengaku terdesak memerlukan wang untuk menyaksikan saingan Malaysia-Kemboja pada kejohanan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 di Kemboja sebagai motif pembunuhan.

“Suspek mengaku mengambil  barang kemas yang digunakan oleh mangsa iaitu gelang tangan emas dan anting-anting emas untuk digadai.

”Barangan kemas itu digadai sebagai perbelanjaan suspek yang ingin menyaksikan perlawanan Malaysia dan Kemboja pada kejohanan Piala Mitsubishi Electric Asean 2024 di Phnom Penh, Kemboja, 8 Disember lalu,” katanya.

Continue Reading

Previous: Suspek kes bunuh Nurul Asikin akui terdesak perlu wang tengok perlawanan bola sepak  
Next: Jenazah Nurul Asikin Lan selamat dikebumikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.