Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis sahkan mayat dalam beg adalah Suri Narudin
  • JENAYAH

Polis sahkan mayat dalam beg adalah Suri Narudin

Utusan Sarawak 6 hours ago
Suri Narudin

SEREMBAN: Identiti mayat wanita yang ditemukan di dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau pada Khamis lepas disahkan sebagai Suri Narudin, yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata ia berdasarkan pemeriksaan dan perbandingan cap jari yang sepadan dengan rekod dalam Sistem Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

“Selain itu, berdasarkan laporan analisis asid deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia Malaysia, perbandingan profil DNA mendapati bahawa spesimen yang dianalisis menunjukkan hubungan kekeluargaan terdekat, iaitu sumber spesimen hubungan adik-beradik kandung.

“Ia menunjukkan kebarangkalian hubungan yang sangat tinggi sekali gus mengukuhkan lagi proses pengesahan identiti mayat sebagai Suri, 53 tahun,” menurutnya dalam kenyataan hari ini

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan dan memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau atau balai polis berhampiran.

Alzafny berkata PDRM memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus, profesional dan berlandaskan undang-undang.

Khamis lepas, beliau berkata mayat yang ditemukan dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas di sini dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor sejak 8 Disember lepas.

Susulan itu, polis menahan dua lelaki berusia 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Suri yang dilaporkan hilang selepas ibu saudaranya membuat laporan di Balai Polis Ampang berhubung kehilangan itu pada 15 Disember lepas.- Bernama

Continue Reading

Previous: Lelaki warga asing ditahan susulan aktiviti di Pasar Lutong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.