Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Polis sahkan anak bekas menteri diserang
  • NASIONAL

Polis sahkan anak bekas menteri diserang

Utusan Sarawak 23 hours ago
KETUA Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan anak seorang bekas menteri diserang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata kejadian dipercayai berlaku sekitar 2.00 petang di kawasan mengambil dan menurunkan penumpang.

“Kejadian tersebut berlaku…ketika mangsa dilaporkan bersama ibunya dan pemandu mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Shazeli berkata mangsa ialah seorang kanak-kanak lelaki dan kini masih dalam pemeriksaan lanjut di sebuah hospital di Selangor.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan kejadian.

Sementara itu, bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengesahkan kejadian terbabit melibatkan anaknya.

“Sekitar 1.45 tengah hari, semasa anak dan isteri saya memasuki kereta untuk meninggalkan sebuah pusat membeli-belah di Putrajaya, secara tiba-tiba seorang lelaki mengheret anak saya dan mencucuknya dengan jarum suntikan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau mendakwa serangan itu melibatkan dua lelaki berpakaian hitam dan bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal dan telah mengekori kereta isterinya.

“Anak saya telah dibawa ke Hospital UPM (Universiti Putra Malaysia) untuk rawatan. Pihak polis juga telah berada di tempat kejadian sejurus kejadian. Saya dan keluarga saya telah pun memberi kenyataan kepada pihak polis,” katanya.

Rafizi berkata kejadian seperti itu kali pertama menimpa keluarganya sepanjang beliau menjadi ahli politik. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kes Zara: Fokus siasatan kini tumpu elemen jenayah termasuk buli – PDRM
Next: Isu pembangunan Sabah, Sarawak jadi tumpuan perbahasan RMK13

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.