Polis rampas senapang, peluru dan dadah, lelaki 42 tahun ditahan

Facebook
WhatsApp

LAWAS: Polis merampas selaras senapang beserta peluru selain sejumlah dadah berikutan penahanan seorang lelaki tempatan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tang Sango A Lawas, Selasa lalu.

Ketika serbuan pada jam 5.30 pagi itu, polis menahan suspek berusia 42 tahun dan menemukan selaras senapang, 12 butir peluru  serta dadah jenis syabu seberat 5.40 gram bernilai RM540.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Sila Kadong berkata hasil ujian awal saringan air kencing yang dibuat ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine/Amphetamine.

“Hasil semakan kes lampau juga mendapati suspek mempunyai kes lampau berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek kemudiannya ditangkap dibawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 8(a)Akta Senjatapi 1960.

“Suspek  direman selama dua  hari bermula Selasa bagi membantu siasatan,”katanya.

Oleh ADENG EDRUS