Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Polis rampas jualan mercun, bunga api tanpa permit
  • TEMPATAN

Polis rampas jualan mercun, bunga api tanpa permit

Utusan Sarawak 2 years ago

RAMPAS... Mercun yang dijual tanpa permit yang sah di Bandar Baru Semariang di sini, dirampas oleh pasukan khas polis Daerah Kuching.

KUCHING: Pasukan Khas Polis Daerah Kuching berjaya merampas mercun dan bunga api pelbagai jenis yang dijual tanpa permit yang sah di Bandar Baru Semariang di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Ahsmon Bajah berkata, rampasan dianggarkan bernilai RM80,000.

Katanya, rampasan itu dilakukan sekitar 4.00 petang semalam di pekarangan tempat letak kereta di kawasan Bandar Baru Semariang, Kuching.

“Dalam operasi ini, pihak polis telah membuat tangkapan ke atas lelaki tempatan berumur 25 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

“Peniaga atau individu haruslah memiliki permit untuk menjual mercun dan bunga api yang dibenarkan,” katanya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: KPWK, UNICEF kerjasama perkukuh pendidikan kanak-kanak peribumi
Next: Tanah perkuburan Islam di Kuching, Sibu, Miri disediakan dengan tapak baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.