Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis prihatin kepayahan masyarakat disantuni
  • Utara
  • WILAYAH

Polis prihatin kepayahan masyarakat disantuni

Utusan Sarawak 5 hours ago
SARJAN Hasbi bersama pemilik motosikal melihat punca kerosakan motosikal yang berhenti ditepi jalan raya Lawas-Merapok.

LAWAS: Rondaan dan pemantauan kelancaran lalu lintas serta penguatkuasaan di seluruh kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas bermula seawal 7.00 pagi.

Sempena Op Selamat 25 Tahun Baru Cina 2026 yang bermula dari 15 hingga 20 Februari, anggota polis trafik menemui sebuah motosikal awam yang mengalami kerosakan akibat putus rantai berhampiran Pasaraya Lepapa, KM2, Jalan Lawas–Merapok.

Empat anggota polis trafik, iaitu Sarjan Hasbie, Sarjan Zuliskandar, Koperal Nazari dan Koperal Mahadhir daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Lawas, segera memberikan bantuan kepada penunggang motosikal berkenaan.

PEMILIK motosikal berjaya mengeluarkan rantai motosikal yang putus disususli dengan bantuan anggota polis trafik dilokasi.

Tindakan mereka bukan sahaja memudahkan pergerakan penunggang tersebut, malah memastikan keadaan jalan raya terus selamat dan lancar.

Dalam pada itu, polis menasihatkan semua pemandu supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu sepanjang tempoh Op Selamat 25, memeriksa keadaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan, serta mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pusat pengumpulan dan kilang getah akan dibina di Sarawak, termasuk di Limbang
Next: Tahun Kuda Api menandakan permulaan dan harapan baharu yang berani

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.