Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis perkukuh hubungan dengan pesara melalui Program Jerayawara di Bau
  • Selatan
  • WILAYAH

Polis perkukuh hubungan dengan pesara melalui Program Jerayawara di Bau

Utusan Sarawak 6 hours ago
MENZIARAHI pesara Program Jerayawara di Bau

BAU: Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata, Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis Bukit Aman telah melaksanakan Program Jerayawara serta Program Pengesahan Pesakit Terlantar di Kampung Tembawang Sauh, hari ini.

Menurut beliau, program tersebut bertujuan menziarahi serta membantu pesara polis khususnya yang uzur, selain mengeratkan hubungan antara anggota yang masih berkhidmat dengan pesara.

“Lawatan ini mencerminkan keprihatinan berterusan pasukan polis terhadap kebajikan pesara, di samping memupuk semangat kekeluargaan serta menghargai jasa mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam program itu, seorang pesara polis terlantar, L/Kpl/T (B) Nyowep Anak Nyongin, 82, yang menghidap strok telah diziarahi di kediamannya.

Mohd Haide berkata, pihaknya turut menyampaikan Sijil Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) tanpa istiadat kepada seorang lagi pesara, Lans Koperal Tetap (B) Unus Anak Riang sebagai penghargaan atas khidmat mempertahankan kedaulatan negara semasa era darurat.

Beliau berkata, program itu turut diisi dengan penyampaian cenderahati serta sesi ramah mesra dan perkongsian pengalaman bersama pesara.

“Inisiatif ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara warga polis dan pesara, malah memberi inspirasi kepada anggota untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen,” katanya.

Tambah beliau, keluarga pesara turut merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut yang sekali gus memperkukuh hubungan antara polis dan masyarakat.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya memperkukuh hubungan berterusan antara warga pasukan dan pesara serta menyumbang kepada kesejahteraan dan keharmonian komuniti setempat.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Miri perkukuh kesiapsiagaan kebakaran terbuka menerusi MOBEMA
Next: Dana implan koklea dua kanak-kanak melepasi separuh sasaran dalam 13 hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.